Kenapa mesin penapis air perlu dibersihkan Dan cara agak mudah untuk dilakukan

0

Ada pelbagai jenama dan sistem penapisan air yang digunakan di masyarakat ketika ini. Dan apa yang penting adalah selalu memperbaiki dan servise mesin anda tukar filter dan amalkan pembersihan didalam tank simpanan air adalah paling utama. Berikut adalah beberapa idea dan tatcara yang mudah untuk servise sendiri mesin tapisan hanya dengan kaedah yang mudah.

Mesin atau alat mesin ini biasanya wujud sebelum zaman coway dan cuckoo. Rasanya ini adalah alat penapisan air yang biasa digunakan dan sangat simple pada zaman itu.


Alat tapisan ini sangat simple hanya didesign sebuah kotak PVC dan kapasiti filter ada 4 jenis tapisan dan dilindungi satu lagi filter khas di luar kotak mesin sebagai tambahan tapisan pertama untuk menapis segala pasir dan keladak air dari paip.

Kombinasi Dari 5 tapisan ini sangat mantap dan mengekalkan mineral air namun kelemahannya tidak ada setting air panas dan air sejuk. Hanya hose keluar direct untuk terus diminum atau simpan dalam balang simpanan air yang tersendiri.


Asal filter tuk mesin ini adalah jenis panjang 10inci namun jika anda tukar kepada filter rendah saiz 6inci panjang tetap akan berbaloi dan sesuai asalkan air paip dapat melalui kesemua jenis penapis air tersebut. Pastikan hose In dan Out di pasang Dan betul agar air paip tidak terbalik sistem omosisnya.


Gambar diatas adalah jenis mesin Coway Neo yang hanya memiliki 3 filter sistem tapisannya. Jika kita lihat mesin ini sudah agak sesuai dan modal lama sebelum mesin sekarang sudah diupgrade sebanyak 4 filter. 

Setiap mesin kena luangkan masa untuk bersihkan pada bahagian didalamnya kerana bisa saja ada sisa sisa najis cicak atau semut yang suka melinap masuk didalam mesin. Bagaimanapun tetap akan selamat kerana tanknya cukup selamat sedangkan semut yang halus pun tak bisa masuk.


Ini dia gambar filter coway neo. Telah ditukar baru sebab filter lama suda setahun tak ditukar setelah habis kontrak dengan coway. Penukaran filter agak mudah dan simple. Hanya ikut saluran hose lama dan pasang filter mengikut step-by-step yang benar.

Ok ini gambar adalah tank air mesin coway neo. Kelihatan didalam seperti ada saluran halus pasir melekat didalam. Ini disebabkan filter air sebelum ini tidak lagi dapat menapis kotoran kerana telah penuh dengan sisa-sisa pasir halus. Senang saja ada keluarkan dulu air yang ada didalam tank tersebut. Kemudian anda lap dengan tisu atau kain bersih sehingga kotoran pada tank air bersih. Tiga bahagian sensor putih dan biru itu jangan dikacau kerana itu adalah sensor kandungan ketingian air dalam tank.


Ambil masa untuk buka bahagian didepan mesin. Disini anda pasti terkejut kerana pasti ada kotoran yang harus dibersihkan. Lap dengan tisu basah bahagian yang anda inginkan. Pastikan komponen elektronik mesin ini tak terkenal air semasa proses pembersihan dilakukan. 

Setelah siap pasang semula komponen elektronik dan berhati-hati dan perlahan lahan pasang semula bahagian part depan ini.

Jika proses selesai pasangkan semula air tuk mengalir semula ke mesin. Pantau dahulu jika ada kebocoran atau leaking pada bahagian filter. Biasanya jika tersalah pasang atau tak ketat akan mengakibatkan air bocor. Jika tak ada bocor anda boleh terus pasanga semula penutup dan boleh gunakan mesin iti dengan baik.

Jika ada ingin tukar filter tersebut bolehlah contact saya kerana the Chu shop ada menyediakan part filter air dengan harga murah. 

Selamat mencuba. Dan belajarlah untuk buat benda baru agar kita dapat meminimumkan wang untuk bayar servis costumer.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !