Pengalaman Pertama Menghadiri Temuduga Jawatan Pembantu Jururawat – Sebuah Langkah Bermakna

0

Pengalaman Pertama Menghadiri Temuduga Jawatan Pembantu Jururawat – Sebuah Langkah Bermakna

Setelah hampir setahun mengisi permohonan SPA9 sejurus selepas keputusan SPM diumumkan, akhirnya penantian saya membuahkan hasil. Saya berjaya melepasi saringan awal. 


Perlu lulus peperiksaan khas yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tidak lama kemudian, saya menerima satu khabar gembira yang tidak akan saya lupakan  surat tawaran untuk menghadiri temuduga. Salah satu jawatan yang ditawarkan adalah sebagai Pembantu Jururawat, sebuah kerjaya yang bagi saya sangat mulia kerana ia memberi peluang untuk membantu mereka yang sedang sakit dan memerlukan.


Hari saya menerima surat tawaran itu adalah hari yang sangat menggembirakan. Saya tidak menyangka, dalam ratusan ribu pemohon, saya terpilih untuk melangkah ke fasa penting ini. Ini adalah temuduga pertama dalam hidup saya, dan ia sudah tentu memberi rasa yang bercampur baur  gembira, gugup, dan teruja.
Tempat temuduga

Saya berasal dari Ranau, manakala pusat temuduga saya ditetapkan di Keningau. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir dua jam dengan menaiki kereta. Mujurlah kakak saya sudi menghantar saya, dan kami turut mengambil peluang untuk bermalam di hotel, tidak jauh dari lokasi temuduga. Sudah agak lama saya tidak ke daerah ini, jadi sambil menghadiri temuduga, saya juga dapat menikmati suasana pekan Keningau yang agak besar dan sibuk berbanding tempat asal saya.


Persediaan Rapi Sebelum Temuduga

Segala dokumen penting telah saya sediakan lebih awal, termasuk salinan asal dan fotostat yang diperlukan oleh panel penemuduga dan urus setia. Saya semak berulang kali agar tiada yang tertinggal. Pada hari temuduga, saya bangun awal dan bersiap rapi. Tepat jam 7.30 pagi, saya sudah berada di kawasan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Keningau walaupun sesi dijadualkan bermula jam 8.00 pagi. Tujuannya satu supaya saya dapat nombor giliran awal dan menenangkan diri sebelum dipanggil masuk.

Dokumen penting Dan Perlu ada salinan

1)Kad pengenalan diri, ibubapa. 

2)Surat beranak

3)Keputusan SPM atau setara. 

4)Sijil berhenti sekolah. 

*tips-Pastikan tidak terlupa bawa Dokumen penting diatas sebab ada teman yang lain terlupa membawa Sijil Dan terpaksa balik ambil Di rumah. Nasib baik rumahnya tak jauh.

Tempat menginap biasalah tinggal daerah lain

Hotel ke tempat temuduga tidaklah jauh, hanya sekitar lima minit perjalanan sahaja. Namun setiap minit terasa panjang kerana perasaan gugup yang semakin menebal. Semakin hampir Di Tempat temuduga Semakin kencang gugup saya ini. Saya cuba untuk bertenang kerana pasti tiada apa yang buruk berlaku tetapi selagi belum selesai hal ini pasti berkeringat dinging hehe he.. Dalam hati, saya berdoa agar segalanya berjalan lancar.

Pekan Keningau

Saya mengenakan pakaian yang kemas dan sopan, sesuai dengan etika menghadiri temuduga kerajaan. Sebelum masuk, saya mengisi borang yang diberikan oleh urus setia SPA, sambil sempat membaca sedikit nota yang saya salin dari internet tentang jawatan Pembantu Jururawat antaranya tugasan, tanggungjawab, serta nilai yang perlu ada dalam diri seorang penjawat awam.

Tips

*jika dapat tawaran sebagai contoh anda ada Di Kuala Penyu Dan anda kena temuduga Di Keningau. So telefon pihak Spa Dan beritahu nak tukar pusat temuduga yang paling terdekat dengan kawasan anda. 

Saat yang Dinanti

Tiba giliran saya. Nombor dipanggil. Dengan hati yang berdebar, saya ketuk pintu dan memberi salam sebelum masuk ke bilik temuduga. Dua orang penemuduga berada di hadapan  seorang sebagai pengerusi dan seorang lagi wakil daripada jabatan. Mereka tampak serius dan profesional, dan suasana terasa sedikit tegang.

Namun, saya beranikan diri. Saya duduk dengan sopan dan menjawab setiap soalan dengan tenang, walaupun dalam hati masih risau sama ada jawapan saya betul atau tidak. Soalan yang ditanya sebenarnya agak asas, antaranya:

“Apakah tugasan jawatan yang kamu mohon ini?”

“Kenapa kamu berminat dengan bidang kesihatan?”

“Apa yang kamu faham tentang etika kerja seorang pembantu jururawat?”

Saya cuba jawab dengan jujur dan penuh yakin. Saya nyatakan bahawa saya minat dengan kerja yang melibatkan interaksi dengan orang ramai, lebih-lebih lagi dalam membantu mereka yang sakit. Saya percaya bahawa menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara adalah satu tanggungjawab besar, dan saya ingin menyumbang tenaga serta kasih sayang dalam membantu pesakit untuk sembuh.


Refleksi dan Harapan

Selesai temuduga, saya rasa lega. Meskipun ini adalah pengalaman pertama, saya berpuas hati dengan usaha yang saya berikan. Saya tahu mungkin banyak kekurangan, tetapi saya telah mencuba sedaya upaya.

Pengalaman ini membuka mata saya tentang pentingnya persediaan, keyakinan diri, dan keikhlasan dalam menjawab soalan. Ia bukan sekadar tentang menjawab betul atau salah, tetapi tentang menunjukkan minat, semangat, dan keikhlasan untuk berkhidmat.

Saya pulang ke hotel dengan hati yang penuh syukur. Walau apa pun keputusannya nanti, saya akan terus berusaha. Saya percaya, jika bukan rezeki saya kali ini, mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik. Tapi dalam hati kecil ini, saya benar-benar berharap agar dapat menyertai KKM dan memulakan langkah pertama saya sebagai seorang Pembantu Jururawat.

Semoga kalian berjaya Salam temuduga jawatan yang diminati. 

Jika ada kemuskilan boleh la Komen di ruang ini.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !