Teknologi Water Jet: Kenapa Banyak Bot Laju Menggunakannya?
Apabila membincangkan tentang bot laju, ramai orang akan membayangkan kipas propeller besar di belakang bot. Namun sebenarnya, ada sesetengah bot menggunakan teknologi seperti waterjet kerana ia lebih sesuai untuk kelajuan tinggi dan operasi berat. Sistem waterjet lebih efektif penggunaannya kerana ianya dikatakan tahan lasak dan boleh beroperasi lama di laut dan mudah untuk membuat servise dan pembaikan.
Sistem water jet berfungsi dengan menyedut air dari bawah bot dan memancutkannya keluar dengan tekanan tinggi di bahagian belakang. Tolakan air inilah yang menggerakkan bot ke hadapan. Sistem tolakan air adalah menggantikan sistem propeler yang menggunakan kipas. Namun terdapat kelemahan jika perairan atau sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap atau bahan asing yang boleh disedut oleh sistem ini dan mengakibatkan ruangan waterjet tersumbat.
Tidak seperti propeller biasa, sistem water jet tidak mempunyai kipas terbuka di belakang bot. Semua komponen utama berada di dalam badan bot, menjadikannya lebih selamat dan lebih sesuai digunakan di kawasan tertentu. Sistemnya adalah mudah ia menyedut air dan melalui impeler dan menggunakan tekanan air yang kuat untuk menggerakan air agar bot akan maju ke hadapan.
Antara sebab utama banyak bot laju memilih water jet ialah kerana sistem ini mampu memberikan pecutan yang lebih cepat. Bot juga lebih mudah membuat pusingan tajam dan lebih stabil semasa bergerak pada kelajuan tinggi.
Selain itu, water jet sangat sesuai digunakan di kawasan air cetek kerana tiada propeller yang terdedah di bawah bot. Ini mengurangkan risiko propeller terkena pasir, batu, kayu atau tali.
Bot yang menggunakan water jet juga biasanya lebih selamat untuk operasi berhampiran penyelam, perenang atau mangsa semasa operasi menyelamat kerana tiada kipas berpusing yang terbuka.
Antara bot yang sering menggunakan teknologi water jet ialah:
- - Bot ronda
- - Bot tentera
- - Bot penyelamat
- - Bot laju pelancongan
- - Feri laju
- - Bot VIP
- - Bot operasi khas
Walaupun mempunyai banyak kelebihan, sistem water jet juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah kos pemasangan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding propeller biasa. Walaupun kos sengeraan mahal namun bot ini dikatakan boleh beroperasi sehingga 35 tahun bergantung dengan penjagaan yang rapi.
Sistem ini juga memerlukan pemeriksaan berkala pada impeller, bearing, intake grate, reverse bucket dan sistem hidraulik. Jika salah satu komponen ini rosak, bot boleh mengalami kehilangan kuasa, gegaran atau masalah semasa reverse.
Bagi bot water jet, sedikit gegaran semasa reverse sebenarnya normal. Ini kerana reverse bucket akan mengubah arah pancutan air ke hadapan semula. Namun jika gegaran terlalu kuat, ia mungkin menandakan masalah pada impeller, bearing atau alignment shaft. Ya benar jika bot mundur ke belakang akan ada sedikit gegaran dan ianya adalah normal kerana waterjet memberi tekanan kepada air dan dihalang oleh sistem bucket yang telah turun kemudian ia memutarkan air berlawanan untuk mengundurkan bot.
Secara keseluruhannya, teknologi water jet memang sangat sesuai untuk bot laju kerana ia menawarkan keselamatan, kelajuan dan kawalan yang lebih baik. Sebab itulah banyak bot moden memilih sistem ini walaupun kosnya lebih tinggi berbanding propeller biasa.

