Ada pelbagai jenama dan sistem penapisan air yang digunakan di masyarakat ketika ini. Dan apa yang penting adalah selalu memperbaiki dan servise mesin anda tukar filter dan amalkan pembersihan didalam tank simpanan air adalah paling utama. Berikut adalah beberapa idea dan tatcara yang mudah untuk servise sendiri mesin tapisan hanya dengan kaedah yang mudah.
Mesin atau alat mesin ini biasanya wujud sebelum zaman coway dan cuckoo. Rasanya ini adalah alat penapisan air yang biasa digunakan dan sangat simple pada zaman itu.
Alat tapisan ini sangat simple hanya didesign sebuah kotak PVC dan kapasiti filter ada 4 jenis tapisan dan dilindungi satu lagi filter khas di luar kotak mesin sebagai tambahan tapisan pertama untuk menapis segala pasir dan keladak air dari paip.
Kombinasi Dari 5 tapisan ini sangat mantap dan mengekalkan mineral air namun kelemahannya tidak ada setting air panas dan air sejuk. Hanya hose keluar direct untuk terus diminum atau simpan dalam balang simpanan air yang tersendiri.
Asal filter tuk mesin ini adalah jenis panjang 10inci namun jika anda tukar kepada filter rendah saiz 6inci panjang tetap akan berbaloi dan sesuai asalkan air paip dapat melalui kesemua jenis penapis air tersebut. Pastikan hose In dan Out di pasang Dan betul agar air paip tidak terbalik sistem omosisnya.
Gambar diatas adalah jenis mesin Coway Neo yang hanya memiliki 3 filter sistem tapisannya. Jika kita lihat mesin ini sudah agak sesuai dan modal lama sebelum mesin sekarang sudah diupgrade sebanyak 4 filter.
Setiap mesin kena luangkan masa untuk bersihkan pada bahagian didalamnya kerana bisa saja ada sisa sisa najis cicak atau semut yang suka melinap masuk didalam mesin. Bagaimanapun tetap akan selamat kerana tanknya cukup selamat sedangkan semut yang halus pun tak bisa masuk.