Pengalaman Pertama Rawatan Akupuntur untuk Sakit Kepala Bahagian Dahi

0


Pengalaman Pertama Rawatan Akupuntur untuk Sakit Kepala Bahagian Dahi

Ini adalah kali pertama saya alami sakit kepala yang terasa kuat di bahagian dahi. Saya sendiri tak pasti punca sebenar — mungkin disebabkan stres, badan terlalu letih, migrain, atau sebab-sebab lain. Yang pasti, kesakitan ini benar-benar mengganggu kehidupan harian saya. Lebih merisaukan, ia seperti tidak mahu hilang walaupun sudah makan ubat Panadol. Seolah-olah ubat langsung tidak berkesan.

Akhirnya, saya terdetik untuk mencuba rawatan akupuntur — setelah melihat satu kedai rawatan akupuntur yang menerima banyak komen positif daripada pelanggan yang telah sembuh selepas rawatan.

Istockphoto.com

Kedatangan ke pusat rawatan akupuntur

Saya disambut oleh seorang "sifu", iaitu pemilik pusat rawatan tersebut. Seperti biasa, beliau mengambil sedikit maklumat asas saya seperti nama dan tempat tinggal, sekadar untuk rujukan.

Rawatan bermula

Sebelum rawatan dijalankan, sifu memeriksa tekanan darah dan bertanya secara terperinci tentang masalah sakit kepala yang saya alami. Selepas berbincang sedikit, beliau meminta saya masuk ke bilik rawatan.

Namanya pun akupuntur, sudah tentu kita akan lihat jarum-jarum halus yang digunakan. Saya diminta untuk berbaring secara meniarap terlebih dahulu. Sifu kemudian mula cucuk jarum halus pada titik-titik tertentu di badan.

Rasanya? Saya boleh umpamakan seperti rasa oren — walaupun jarumnya kecil, tetap ada sedikit rasa sakit ketika jarum ditekan masuk ke dalam kulit. Ada satu titik di kaki, selepas jarum dimasukkan, saya terasa macam ada arus elektrik! Terkejut juga saya masa tu — sakitnya sampai saya hampir menjerit! Tapi sifu kata itu tanda kawasan tersebut memang ada masalah.


Jarum halus di seluruh badan

Secara keseluruhan, rasanya ada lebih kurang 15 batang jarum halus yang ditusuk ke bahagian-bahagian tertentu di badan saya. Ini adalah kali pertama dalam hidup saya tubuh dipenuhi sebegitu banyak jarum. Ketika dalam posisi meniarap, saya langsung tidak berani bergerak. Kalau tersilap gerak sikit pun, akan terasa ngilu dan menyucuk — mungkin kerana otot akan bertindak balas terhadap tekanan jarum.


Perkara paling penting waktu itu adalah tarik nafas perlahan-lahan dan cuba bertenang. Fokus saya cuma satu: “Bila agaknya jarum ni nak dicabut?” Haha!


Badan saya mula berpeluh, termasuklah tapak tangan, seolah-olah saya sedang melalui ujian mental. Entah datang dari mana peluh tu, mungkin aliran darah yang mula lancar di kawasan titik rawatan. Yang pasti, saya betul-betul terasa seperti sedang bertahan dalam situasi yang tak pernah saya bayangkan sebelum ini.


Detik yang ditunggu-tunggu

Selepas 40 minit berlalu, akhirnya sifu datang dan mula mencabut satu per satu jarum dari badan saya. Fuhh... 40 minit itu terasa sangat panjang — seolah-olah satu tempoh ‘survival’ yang memerlukan saya berbaring tanpa bergerak walau sedikit. Setiap gerakan kecil pun boleh mengundang rasa sakit. 40minit itu fikiranku tak tahu kemana mana melayang supaya tak terfikir rasa ngiku jarum halus itu.


Sesi kedua: Jarum di bahagian depan pula

Selepas mencabut semua jarum di bahagian belakang, sifu minta saya baring menghadap ke atas pula. Kali ini, jarum-jarum halus akan ditusuk di bahagian depan badan — termasuk di kepala, dahi, tangan dan kaki. Saya sempat bertanya, “Sifu, bahagian muka pun kena cucuk juga ke?” Sifu hanya tersenyum dan berkata, “Ya, sebab sakit kepala kamu di bahagian dahi."

Tempat yang kita mengadu sakit akan di tusuk jarum halus. Yang menghadap depan ini ada okey sikit sebab rasa senang nak bernafas.

Beberapa jarum ditusuk perlahan ke kawasan dahi saya. Rasanya agak lain — tidak terlalu sakit, tapi cukup buat saya rasa seperti sedang di-scan. Seterusnya, beberapa titik lain di tangan dan kaki juga dicucuk. Di bahagian tertentu, masih terasa seperti ada arus elektrik halus yang menyentak sekejap bila jarum dimasukkan. Tapi kali ini, saya sudah agak bersedia secara mental.

Sesi bahagian depan ini juga mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit. Sekali lagi, saya hanya berbaring diam, tarik nafas perlahan dan cuba tenang. Tapi jujur saya katakan — baring diam sambil penuh jarum di muka dan badan bukanlah perkara biasa. Hanya siapa yang pernah cuba saja akan faham rasanya. Demi untuk mengurangkan sakit kepala tak mengapa kita mencuba kaedah rawatan yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Setelah 30 minit berlalu,akhirnya semua jarum di badan telah dibuka. Betapa leganya selepas semuanya berakhir. 

Istockphoto.com

Apa yang dirasai selepas rawatan

Selepas rawatan badan akan terasa kebas pada bahagian point jarum yang ditusuk. Akan rasa lapar Dan rasa letih sekali. Rasanya banyak energi yang kita gunakan semasa jarum berada di badan. Kemudian sifu pun memberikan ubat serbuk herbal traditional untuk membantu sistem kelancaran darah dalam badan.

Kesimpulan.

Akhirnya sakit kepala di dahi sembuh setelah rawatan akupuntur ini. Bagi saya rawatan untuk sakit kepala dengan rawatan ini adalah sangat sesuai. Tiba di rumah badan akan terasa penat dan tidur pun akan Lena. Namun setelah beberapa hari tubuh akan kembali sihat semula. Jika sesiapa yang ada sakit kepala boleh la mencuba rawatan ini. Saya rekomend rawatan ini kepada anda yang ingin mencuba.

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !