Bagaimana Cara untuk Indeks Artikel di Beranda Google
Pelbagai cara boleh digunakan untuk indeks artikel ke beranda carian Google. Kadang-kadang kita terlupa langkah-langkah penting ini, jadi saya tuliskan panduan santai ini sebagai rujukan diri sendiri dan juga untuk anda yang baru belajar menulis artikel di blog.
Saya sendiri belajar secara cuba jaya sehingga berjaya indeks artikel baru ke Google. Dengan cara ini, pencari maklumat lebih mudah menjumpai artikel kita di hasil carian Google.
1. Siapkan Artikel di Blog
Langkah pertama mestilah menulis artikel yang lengkap dan berkualiti. Pastikan tajuk artikel anda jelas, isi padat, ada gambar jika perlu, dan gunakan kata kunci yang sesuai dengan topik. Selepas itu, publish artikel anda di blog sama ada menggunakan platform Blogger, WordPress atau lain-lain.
2. Hantar URL ke Sitemap Google Search Console.
Seterusnya, log masuk ke akaun Google Search Console blog anda.
Klik pada blog anda.
Masuk ke menu “Sitemaps”.
Di ruangan "Add a new sitemap
taip:sitemap.xml
(atau sitemap-post.xml bergantung kepada struktur blog anda).
Klik Submit.
Langkah ini memberitahu Google tentang struktur laman anda dan membantu bot Google menjejak artikel-artikel baru dengan lebih cepat.
3. Gunakan Fungsi URL Inspection
Langkah seterusnya ialah submit terus URL artikel baru:
Di Search Console, pergi ke menu “URL Inspection”.
Paste URL artikel anda.
Tekan Enter, kemudian klik butang “Request Indexing”.
Tunggu proses selesai (biasanya hanya beberapa saat).
Google akan mula menyemak sama ada artikel anda layak diindeks. Jika tiada masalah teknikal, artikel anda akan masuk ke pangkalan data carian dalam masa beberapa minit hingga beberapa jam.
4. Periksa Status & Lakukan Semakan Berkala
Anda boleh semak status artikel sama ada sudah diindeks atau belum dengan menaip di Google:
site:url-artikel-anda
Contoh:
site:https://www.eddykiddy.com/2024/05/cara-indeks-artikel-google.html
Jika artikel muncul, bermakna ia sudah berjaya diindeks.
Tips Tambahan:
Gunakan kata kunci utama dalam tajuk, perenggan pertama, dan URL.
Kongsikan artikel di media sosial dan forum berkaitan.
Gunakan internal linking (pautkan ke artikel lain dalam blog anda).
Penutup:
Indeks artikel ke Google bukanlah satu perkara yang sukar, cuma perlu tahu langkah yang betul. Bila dah biasa, hanya ambil masa 2-3 minit sahaja untuk submit artikel baru.
Semoga panduan ringkas ini bermanfaat. Jika anda ada cara lain yang lebih cepat atau berkesan, boleh kongsikan di ruangan komen