Cara Mengembalikan Memori Indah Agar Terus Sayang Anak Walaupun Telah Dewasa

0

Cara Mengembalikan Memori Indah Agar Terus Sayang Anak Walaupun Telah Dewasa


Masa berlalu begitu cepat. Seakan baru semalam kita mendengar tangisan bayi yang memenuhi rumah, hari ini mereka sudah berdiri sebagai remaja bahkan dewasa. Kadangkala, kesibukan hidup membuat kita terlupa betapa berharganya setiap detik bersama anak ketika mereka masih kecil. Namun, ada cara untuk mengembalikan semula memori indah itu agar rasa sayang dan kasih tetap segar walaupun anak-anak sudah dewasa.


Berikut beberapa cara yang boleh kita lakukan:


1. Menonton Semula Rakaman Video Lama


Simpanlah rakaman video anak sejak mereka kecil saat pertama kali berjalan, ketawa kecil mereka, atau waktu mereka menyebut perkataan pertama. Dengan menontonnya kembali, kita akan dibawa semula ke saat-saat berharga itu, dan hati terasa hangat mengingat betapa kita mengasihi mereka sepenuh jiwa.


2. Melihat Foto-Foto Lama


Foto mampu menyimpan seribu cerita. Melihat wajah polos anak yang masih "kekanak-kanakan" akan segera menghidupkan kenangan indah. Mungkin ada foto mereka tersenyum penuh coklat di pipi, atau gambar pertama kali mereka ke sekolah — semuanya punya nilai sentimental yang tidak ternilai.


3. Menemui Semula Mainan Lama


Jika masih ada mainan mereka ketika kecil, ambillah sesekali untuk dikenang. Ingat kembali bagaimana kita membelikan mainan kesukaan mereka, walaupun kadang hanya bertahan sehari sebelum rosak. Kenangan sederhana inilah yang membuat kita tersenyum, kerana ia simbol kasih sayang kita sebagai ibu bapa.

Dan mainan ini walaupun kita sebagai ibubapa tahu akan cepat rosak,namun kita tetap belikan juga kepada anak kerana kita hanya mahu anak ini gembira dan kegirangan yang membuatkan hati kita juga turun happy..


4. Membiarkan Coretan di Dinding Rumah


Walaupun kadang kita marah ketika anak menconteng dinding, percayalah apabila mereka dewasa, coretan itu menjadi "lukisan kenangan" yang sangat berharga. Setiap garisan dan tulisan yang mereka tinggalkan menjadi bukti kehadiran dan keriangan mereka membesar dalam rumah kita.

Mengikut pengalaman saya sebagai ibu bapa, dinding yang anak-anak conteng pernah saya padam dan cat semula. Boleh dikatakan dinding itu sudah menjadi baru. Namun, tidak sampai seminggu, coretan itu muncul kembali.


Apabila saya bertanya kepada anak-anak siapa yang menconteng, tiada seorang pun yang mengaku. Malah, masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. Saya hanya mampu memandang wajah mereka ketika itu tetap ceria dan gembira, seolah-olah tiada rasa bersalah walaupun telah mengulangi perbuatan sama.


Sejak saat itu, saya tidak lagi memadam coretan di dinding. Saya biarkan sahaja, agar apabila mereka dewasa kelak, coretan itu menjadi bukti kenakalan zaman kecil mereka, yang pernah mewarnai rumah kami dengan tawa dan ingatan indah.


5. Menyimpan Aksesori Kecil Anak


Barang-barang kecil seperti botol susu, sudu mini, bekas makanan, sisa susu tepung, atau pampers yang tidak sempat digunakan semuanya mampu menjadi memori istimewa. Saat menyentuhnya kembali, kita seolah-olah diingatkan pada masa penuh pengorbanan dan kasih yang tidak pernah padam.

Kasih ibu bapa terhadap anak tidak pernah berkurang walaupun masa terus berlalu. Dengan menghidupkan semula memori indah, kita akan sentiasa teringat bahawa mereka adalah anugerah terbesar dalam hidup. Biarlah kenangan kecil itu menjadi pengikat kasih sayang agar kita terus menyayangi anak-anak, walaupun mereka sudah dewasa dan punya kehidupan sendiri.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !